Written by Bella | May 14th, 2018

Bentuk badan Almy Nadia sering menjadi isu hangat dikalangan netizen. Pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada aktres itu termasuklah ada mulut-mulut jahat yang mengatakan Almy tidak takut jika suaminya, Fizz Fairuz mula berubah hati.

Walaubagaimanapun, Fizz akui beliau tidak kisah dengan penambahan berat badan isterinya itu. Apa yang penting ialah Almy berada dalam keadaan sihat.

Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat.

Fizz juga tidak mendesak isterinya untuk menurunkan berat badan dan memahami wanita itu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak. Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri.

Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak. Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit.

Beruntung sekali Almy mempunyai seorang suami yang memahami seperti Fizz. Tak mengapa, peduli apa orang kata asalkan diri sendiri bahagia bukan?

Sumber Berita : mStar Online

17 responses to Fizz Fairuz Akui Tidak Kisah Berat Badan Almy Nadia Meningkat

  1. kak milah says:

    fizz fairuz ni memang nampak macho ja. maintain dari bujang sampai jadi suami orang. nice sangat

    0

    11
  2. Anonymous says:

    Yelaa ko…dlm diam2 pasang lain….dh penah ade kes dl…nsb kantoi klu x smpai skrg still berkonek…ehh…silap..bercontact….hahahaha…

    5

    0
  3. Anonymous says:

    Org pompuan ni kalau nk selamatkan rumah tangga kena la banyak bersabar. Bersabar kalau dpt suami gatal. Insya allah berkat kesabaran terbayar. Mungkin lelaki jadi insaf nak menggatal. Tapi kalau dh bersabar menggatal jgk tu masalah bukan kat perempuan tapi kat burung punai. Potong je punai tu.

    13

    0
    • Anonymous says:

      Betul tu jgn jadi seperti Ude Wahid dapat retis terus jadi bodoh anak2 madih kecil di buang x dijaga yg di kaga anak Izreen pengextend madjid maka jadilah mereka pwroboh masjid senab dua2 nak bersama dgn cinta

      6

      0
  4. shopia lorren says:

    Dh ssh nk kurus xpelh janji sihat..tapi dia berisi pun nmpk comel lg..ambik mknn seimbang..makan untuk hidup bkn hidup utk makan. InsyaAllah bdn cantik n sihat..ikut petua Nabi SAW berhenti mkn sebelum kenyang..

    15

    0
  5. Anonymous says:

    sebagai menghargai pengorbanan seorang isteri….saya suggest fizz fairuz sponsor almy pakej berpantang mcm tok ti. selim melim jadinya.. fuyoo!

    7

    0
  6. aku tetap aku says:

    ye. kau kata tak pa. jgn nanti alasan ko crk betina lain bila kau rasa badan bini kau dh tak menarik. kau dh la ada kes dulu tinggalkan almy…

    4

    0
  7. Ha..98kg says:

    Akupun blum kwen brt dlm 60kg ke bwh.
    Bila dh jdi mkcik skrg umur 48 kbwh, dn brt skrg 75. Rangkapun bsr.
    Tpi hrp2 jgnlh lebih dh dkt 100kg.
    Ini mmg gemuk dn obesiti.
    Bila ckp bnr jgn mrah ye..ini bgi kbaikn Amy juga yg comel dn manis muka tu. U mmg comel dn manis.
    Kurangknlh berat tu..dh dkt 100kg u.
    Dri 100 ke 80.
    80 ke 70.
    70 ke 50…baru WOW..WOW..WOW..Sepadan dgn Amy yg cantik dn manis.

    4

    0
  8. kakikucinghitam says:

    u better diet women. bahaya berbadan besar .. penyakit senang dtg. u better watch what u eat and exercise

    2

    1
  9. leeminhoo says:

    fizz…. mu syg bini kan… masa almy pntng nnt ko amik pakej jga bini ko…. pakej selim trus….. bukan apa… badan naik ni cepat letih…. dia dh la urus ank2 lg…
    lepas tu masak… bg la rest utk bini sama….

    7

    0
  10. Anonymous says:

    cadangan bagus, nak tambah sikit… fizz fairuz bagi bibik 3 4 org jaga kebersihan, jaga baby, jaga anak, bukan setakat slim macam DCT dah.. macam eina azman terus..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    plss kurus… jgn gemokkan bdn tu.. awk pnh kurus xmustahil bleh kurus.. bkn nak ckp apa lah.. dlu ex aku ckp xpe xyah make up.. cukup apa yg ada ni natural.. in the end dia g kahwin dgn pmpn yg make up.. kwn aku pon sm jgk.. suami dia dlu ckp xyah lah kurus2.. pastu alih2 dpt madu kurus murus..

    dia suami awk.. kan bgus jaga bdn untuk dia.. kurus cr sihat ok.. btambah cantek..

    1

    0
  12. greenfingers says:

    Susah nk kurus especially bila dh kawen n dh ada anak. Kesian jugak kat dia, xpyh sebok2 suh dia kurus, opkos la dia dh usaha turunkan berat badan. Ada ke org waras nk jd gemuk gedempol. Kakak2 ipar aku pon bdn mencanak naik lps beranak, lps je anak2 beso, brla badan dh slim sb dh leh manjakan diri. Lainla klu kita ni keturunan sultan or keturunan kaya duit xpnh habis, no hal nk kuruskan bdn. Ntah hape2 la netizen ni. Smpi mampus pon hidup tu asik nk membawang je, ada je nk komplen. Hopefully la ye mulut n jari korang tu xheret korang masuk neraka.

    1

    0

Leave a Comment

Optional