December 29th, 2014

Selaku anak jati Kelantan, Fizo Omar telah pun turut padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri kelahirannya itu. Terharu Abang Nara melihat Fizo yang begitu aktif sekali mengajak orang ramai menghulurkan bantuan menerusi akaun sosialnya. Melihat aksi Fizo dan rakan-rakan meredah banjir untuk sampai ke tempat yang telah terputus hubungan membuatkan diri ini sebak. Masih ramai yang berhati mulia seperti Fizo Omar ini.

fizo omar mangsa banjir

Walaupun ada sesetengah kita (termasuk Abang Nara) tidak dapat turun ke lokasi untuk membantu mangsa banjir, namun dari jauh kami turut titipkan doa dan menghulurkan bantuan daripada segi derma dan sokongan moral. Ada ramai rakan-rakan Abang Nara di Kuala Lumpur turut sama turun ke pusat pengumpulan barangan banjir untuk membantu membungkus dan memasukkan barangan yang akan dihantar ke lokasi banjir. Itu pun satu usaha yang amat terpuji sekali.

fizo omar mangsa banjir

Tahniah Fizo dan tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan mereka ketika negara tercinta menghadapi situasi ini. Walaupun ada yang tak henti-henti mengkritik, pedulikanlah segelintir manusia sebegini. Diorang ini kalau kita buat macam mana pun memang sampai mati tak akan puas hati. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Tak gitu?

Suasana di wakaf che yeh #kelantankamidatang

A video posted by fizoomar (@fizoomar) on

Tahniah juga kepada selebriti-selebriti tempatan lain yang turut sama turun padang membantu mangsa-mangsa banjir seluruh negara. Semoga usaha murni mereka ini akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun padang membantu. Tahniah!!!


Comments are closed.

Loading...