Written by AbangNara | May 31st, 2013

Kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian selebriti-selebriti tanah air. Rata-rata menasihatkan Afiq agar segera memohon maaf kepada ibunya. Fizo Omar turut tidak terkecuali untuk memberikan sedikit nasihat dan teguran kepada Afiq.

afiq muiz

Abang Nara tertarik dengan perkongsian cerita Fizo Omar mengenai kehidupannya. Kata Fizo kepada Mstar Online:-

Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang. Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise. Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah

fizo

Sememangnya doa seorang ibu sangat penting di dalam menentukan kejayaan hidup seorang anak. Doa ibu adalah antara doa yang paling senang dimakbulkan olehNya. Tambah Fizo Omar lagi:-

Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang. Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama. Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi.

Fuh ~~ Memang insap sungguh kata-kata nasihat Fizo Omar ini. Kena sejibik kat dahi Afiq Muiz. Malah Fizo turut berkata yang dia sanggup berpisah dengan kekasih demi ibunya. Bagi Fizo, ibunya pasti ada sebab-sebab tertentu tidak menyukai kekasih hatinya. Memang bagus betullah Fizo Omar ini. Inilah contoh anak lelaki mithali yang kita cari selama ini. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

79 responses to Fizo Omar Tegur Sikap Afiq Muiz

  1. org kg duk obesi says:

    tak perlu selebriti atau pihak lain nasihatkan budak tanggang moden nih. lagi banyak pihak ketiga buat komen lagi banyak ler publisiti untuk dia ( tak kira ler publisiti baik ker buruk ker, tetap publisiti) …jadi hentikan sajalah. kita tengok sejauh mana keras kepala budak ni

  2. Adam Kamal says:

    Di sini, apa yang penting ialah nilai kemaafan yang tinggi diimplimentasikan kepada manusia yang melakukan kesalahan. Manusia tidak dapat lari daripada sifatnya, melakukan kesilapan dan lupa sama ada disdari ataupun tidak. Kalau ada rakan-rakan atau saudara-mara kita bergaduh, kita seharusnya menjadi orang tengah bagi mendamaikan mereka berdua. Tetapi jika salah seorang itu melanggar aturan Allah, maka individu itu perlu dinasihati sehinggalah dia menurut perintah Allah dan akhirnya beroleh kedamaian. Renungilah firman Allah:Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah yang bermaksud: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

    (Surah Al-Hujurat ayat 9 hingga 12)

    Amin.

  3. ahli Arkeologi yang berjaya says:

    belajar tinggi-tinggi sampai gayat.. tak tahu nak menilai mana yang baik dan mana yang buruk ke??
    satu je… respect ur mom n ur family. hal keluarga, bawak2 la mengucap. jangan jaja sana sini.