Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizo Omar Seru Peminat Supaya Jaga Adab Andai Mahu Bergambar Dengan Artis

Bertindak memuat naik perkongsian di media sosial seakan menegur beberapa pihak khususnya para peminat bahawa dirinya amat terbuka untuk melayan peminat yang mahu bergambar dengannya, namun pelakon Fizo Omar berpendapat perkara itu wajar dilakukan dalam keadaan yang sesuai.

Advertisement

Menerusi entri di laman Instagramnya, Fizo dilihat tampil berkongsi sebuah hantaran tweet di platform tersebut dan menegaskan wujud segelintir pihak seakan tidak mempunyai ‘common sense’ apabila memangil artis untuk bergambar tak kena masa iaitu ketika sedang makan.

“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph. Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi.”

Bagaimanapun, Fizo yang terkenal dengan sikap profesionalnya tampil memberitahu bahawa beliau langsung tidak menyalahkan peminat yang mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya.

Advertisement

“Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita.”

Untuk rekod, Fizo antara selebriti tempatan yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.

Rentetan itu, tidak hairanlah segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan dan menjadi perhatian umum khususnya para peminat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 11, 2020 at 10:11 am

    Aku kalau nampak pizo ni.. Tiberrrr kuar taik

  2. Aishah

    November 10, 2020 at 11:17 am

    Kesian, aku tak ingin pun bergambar dengan kau k, berlakon pun sendu, sedih hidup, like i wonder macam mana kau boleh confident cakap macam tu, macam ramai sangat nak tangkap gambar lol

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama