Gara-gara memberi respon terhadap isu artis meminta bantuan khas daripada kerajaan yang hangat diperkatakan, pelakon Fizo Omar turut terkena tempias kecaman daripada netizen. Menuduh dirinya juga ingin mengharapkan bantuan kerajaan.
Apa yang berlaku sedikit sebanyak telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga. Dihimpit dengan pelbagai kecaman dan tuduhan, Fizo berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat fitnah tersebut sekiranya perkara ini terus diperbesarkan.
Ingin saya tegaskan saya tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak seperti yang didakwa di media sosial.
Itu adalah satu fitnah besar terhadap diri saya. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah atau mencemarkan nama baik saya dan keluarga.
Fizo berkata, kontroversi yang membabitkan dirinya sebelum ini hanyalah satu salah faham sahaja dan meminta pihak berkenaan menarik balik kenyataan mereka.
Terdahulu, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran “pedas” terhadap Fizo Omar, selepas meninggalkan komen agak sinis terhadap video Zarina tentang artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.Perkongsian Zarina mendapat sokongan daripada pengikutnya hingga menegur semula Fizo.