Isu mengenai pelanggan yang berhimpit untuk mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda cukup hangat diperkatakan apabila Fizo Omar dan Mawar Karim didakwa melayan pelanggan mereka ibarat lembu dan tidak mengira halal haram sewaktu pelanggan perempuan dan lelaki bergesel.
Walaupun sudah mengadakan sidang media pada hari Isnin lepas, masih ramai yang tidak puas hati dan mengatakan pihak Fareeda masih lagi angkuh dan tidak mahu memohon maaf.
Malah, Mawar  selaku pemilik bersama syarikat Fareeda dikatakan hanya diam seribu bahasa dan menyerahkan Fizo untuk menjelaskan semua perkara.
Ketika itu, mula lah timbul gosip yang mengatakan Fizo ini sebenarnya “makan hasil†isteri. Namun, Fizo menafikan perkara tersebut.
Saya juga ada mengusahakan beberapa perniagaan lain dan dari hasil itulah saya menyara isteri. Walaupun dia ahli perniagaan berjaya, tetapi Mawar adalah tanggungjawab saya.
Selain itu, ada juga pihak mengaitkan isu kekecohan di butik Fareeda dimana mungkin ada kesilapan yang pasangan ini lakukan dan sebab itu mereka sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Kali ini agak banyak juga kecaman dan kritikan yang diterima oleh Fizo Omar dan Mawar Karim. Namun, kita bukannya Tuhan yang boleh menghukum mereka terlalu banyak kesilapan sehingga tidak dikurniakan zuriat. Kami tahu ramai yang marah dengan kes tudung Fareeda tapi doakan sahaja mereka satu hari nanti akan sedar sendiri kesilapan yang dilakukan.