Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizo Omar Mengaku Ada Pelanggan Yang Dibayar

Tidak mahu lagi nama beliau dan jenama Fareeda terus dipersalahkan sehingga hari ini, Fizo Omar mengakui ada pelanggan yang dibayar untuk beratur mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda tempoh hari sehingga ia menjadi viral.

Advertisement

Namun, pelanggan tersebut bukanlah dibayar oleh pihak Fareeda  tetapi dibayar oleh ejen-ejen yang akan menjual semula tudung tersebut.

Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai. Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran.

Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran.

Fizo juga menepis dakwaan kononnya beliau riak dengan memuat naik video rusuhan yang berlaku di akaun Facebooknya.

Sebagai ahli perniagaan, saya ingin berkongsi kemeriahan sambutan koleksi terbaharu tudung Fareeda bukannya hendak bersikap riak. Kami tidak menyangka video berkenaan menjadi viral dan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Pada pelancaran koleksi terbaru akan datang, Fizo memberitahu pihak Fareeda akan merancang untuk membuat acara itu di stadium pula secara besar-besaran dan mahu pelanggan merasa lebih selesa.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top