Pejam celik pejam celik perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah pun menjangkau usia 1 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Rasa macam semalam baru melihat mereka berdua bersanding di atas pelamin. Sempena ulang tahun yang penuh bermakna ini, Fizo dan Mawar telah pun terbang untuk meluangkan masa bersama-sama di pulau Langkawi.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda sepanjang usia 1 tahun perkahwinan, Fizo dan Mawar kedua-duanya nampak semakin fokus terhadap perniagaan masing-masing. Fizo dengan burgernya manakala Mawar dengan tudungnya. Kedua-duanya memang otak business. Semoga perniagaan mereka semakin hari akan semakin berkembang.
Sama-samalah kita doakan agar Fizo dan Mawar dikurniakan berita baik mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka tidak lama lagi. Pastinya mereka berdua juga sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Banyakkan berdoa. Insya Allah akan dimurahkan rezeki. Selamat menyambut ulang tahun buat Fizo dan Mawar. Semoga kekal abadi sehingga ke syurga. Amin.
P.S: Hadiahkan suami anda jubah Bin Qareem untuk menyerlahkan lagi kemachoan dan kehensemannya. Banyak lagi rekaan yang boleh dipilih di www.familynara.com. Kualiti kain terbaik, harga berbaloi dan layan amat mesra.  Ajukan sebarang persoalan menerusi WhatsApp di 011-3338-7668.