Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizo Omar, Mawar Karim Sepakat Tutup FizoMawar Kitchen

fizomawar kitchen ditutup

Selepas pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai, ramai yang mula tertanya tentang hala tuju perniagaan restoran mereka, FizoMawar Kitchen.

fizo omar mawar karim

Advertisement

Setelah mengadakan perbincangan dengan bekas isterinya, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan mereka akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini termasuklah cawangan FizoMawar Kitchen di Kota Bharu, Kelantan. Menurutnya, penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Fizo memberitahu restoran itu adalah hadiah dari dia untuk ibunya dan juga Mawar. Menu yang dihidangkan juga adalah makanan kegemaran Mawar.

Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini, setelah berfikir dan berbincang dengan Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi FizoMawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah SWT ada perancangan terbaik buat kami.  Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini.

Advertisement

fizomawar kitchen ditutupFizoMawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Sumber Berita : mStar Online & Facebook Fizo Omar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    October 12, 2019 at 12:29 pm

    mawar tu nampak je macam move on, tapi sebenarnya masih bersedih dan masih sayangkan fizo.. tapi tak mengapa la duit lagi penting kannn

  2. Anonymous

    October 12, 2019 at 10:03 am

    .kalu ikut cerita ..dia ni kan usahawan.ceramah motivasi sana sini…xkan tak berduit nak teruskan bisnes tu..restoren pun dah ada nama…sayangnya tutup..unless mmg bergantung fully pada madam rose utk pam modai n dia mmg pokai..

  3. Bye2familyhisapdarah

    October 11, 2019 at 8:42 pm

    Straight to the point, mawar dah xnak suntik modal ke fm kitchen, full stop. Ala fizo kan bgtau ade duit, share jelh 25% setiap orang dgn adik beradik, rebranding jelh fm kitchen, bg nama makfizo kitchen, kan hari tu waktu mula2 buka ckp ni impian mak fizo.sbb tu mak dia ptg kek.

    For Mawar,bagi aku so classy lah, move foward with confident and xsebut langsung nama ex di ig.

  4. Anonymous

    October 11, 2019 at 5:17 pm

    SSKJP

  5. Anonymous

    October 11, 2019 at 5:13 pm

    oklah tu..leh cuba bisnes len lak…

Loading...
To Top