Pelakon, Fizo Omar mengumumkan isterinya, Fazeera Nazri kini sedang berbadan dua.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar telah berkongsi tentang berita gembira itu.
Dapat adik baru. Alhamdulillah.
Kakak dan adik kena get ready untuk jadi kakak-kakak yang baik.
Terujanya nak sambut adik baru.
@iamfizoomarAlhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian. Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan. ❤️❤️❤️♬ Happiest Year – Jaymes Young
Luah rasa syukur
Dalam pada itu, pelakon itu turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan yang diberikan.
Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
Anak bawa rezeki
Pelakon itu turut percaya setiap zuriat lahir mempunyai rezeki masing-masing.
Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
Alhamdulillah, kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ia disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan.
Sekadar info tambahan, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka memiliki dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Sebelum ini, Fizo mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019 dan hasih perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.