December 14th, 2011

Malang memang bermacam jenis malang dan malang seperti yang sedang menimpa Fizo Omar ini boleh dikategorikan sebagai malang yang teramat sangat. Mana taknya, Fizo Omar berkemungkinan boleh diisytihar muflis kerana namanya telah digunakan untuk membuat pinjaman sebanyak RM2 juta. Gila tak gila.

fizo omar muflis

Kini sebuah bank sedang memburu Fizo Omar kerana pinjaman RM2 juta yang dibuat atas namanya. Kisahnya, nama Fizo Omar telah digunakan oleh seorang rakan kongsi sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008. Fizo kemudian dilantik ebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Namun, selepas beberapa bulan, Fizo telah pun keluar daripada syarikat tersebut.  Siapa sangka rakan kongsi tersebut tidak segan silu menggunakan nama Fizo Omar untu membuat pinjaman bank walaupun selepas penarikan Fizo.

Kata Fizo:-

Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran.

Ini satu perkara yang sangat serious dan boleh menjahanamkan hidup orang. Kita yang membaca kisah Fizo ini sepatutnya mengambilnya sebagai pengajaran. Jangan senang-senang nak bagi nama kita sebagai penjamin, rakan kongsi syarikat atau apa-apa yang berkaitan. Manusia macam-macam ragam dan perangai. Bukannya semua orang baik dan tak salah Abang Nara katakan hampir kesemua orang di dunia ini suka mengambil kesempatan atas perkara sebegini. So marilah kita sama-sama berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.


Comments are closed.

Loading...