FIZIWOO Bawa Sentuhan Batik ke Dunia Kopi, Kolaborasi ‘Rasa Merdeka, Gaya Malaysia’ Buat Ramai Teruja

Berita

FIZIWOO Bawa Sentuhan Batik ke Dunia Kopi, Kolaborasi ‘Rasa Merdeka, Gaya Malaysia’ Buat Ramai Teruja

Kalau sebut FIZIWOO, kita memang dah terbayang fesyen couture moden yang selalu jadi bualan ramai setiap kali musim raya atau acara berprestij.

Tapi kali ini, rumah fesyen ikonik tempatan tu buat kejutan dengan langkah berani, berganding bahu bersama Luckin Coffee untuk lahirkan konsep kedai kopi pertama di Malaysia yang diinspirasikan Batik moden!

Advertisement

Bersempena bulan patriotik ini, kolaborasi unik bertemakan “Rasa Merdeka, Gaya Malaysia” bukan sekadar tentang secawan kopi. Ia tentang bagaimana seni warisan Batik boleh hidup semula dalam gaya hidup moden daripada busana couture, ke ruang kedai kopi, hinggalah ke rasa dalam minuman eksklusif.

FIZIWOO Angkat 3 Pakaian Tradisi Jadi Couture Moden

FIZIWOO X LUCKIN COFFEESumber : Sean LIM JX  

Dalam kolaborasi ini, FIZIWOO hasilkan rekaan eksklusif yang diinspirasikan oleh elemen ikonik Luckin Coffee, biji kopi dan rusa yang disulam dengan manik halus dan kristal.

Bukan itu saja, FIZIWOO juga memberi penghormatan kepada tiga pakaian tradisi Malaysia: Baju Kebaya, Saree dan Qi Pao, tapi diolah semula dengan sentuhan moden dan penuh elegan. Bayangkan, seni Batik klasik dipadukan dengan couture moden, satu gaya yang bukan sahaja memelihara warisan, tapi juga meraikannya dengan cara segar.

Dari Busana ke Ruang Kopi

FIZIWOO X LUCKIN COFFEESumber : Sean LIM JX  

Apa yang menarik, inspirasi ini bukan sekadar ada pada koleksi fesyen, tapi juga diterjemahkan terus ke Luckin Coffee x FIZIWOO Concept Store di Pavilion Damansara Heights. Kedai ini diilhamkan sebagai sebuah kanvas hidup, di mana warisan disanjung, direka semula, dan diberi nafas baru untuk generasi kini.

Masuk je ke sini, suasananya akan buat korang rasa macam melangkah masuk ke pameran seni cuma kali ni, boleh sambil minum kopi eksklusif.

Rasa Malaysia Dalam Setiap Hirupan

FIZIWOO X LUCKIN COFFEE

Tak lengkap kalau kolaborasi ini tak bawa sesuatu yang istimewa dalam menu. Luckin Coffee perkenalkan empat minuman eksklusif khas sepanjang bulan kebangsaan:

-Iced Minty Coconut Latte

-Iced Minty Chocolate Frappe

-Pandan Coconut Latte (dilancar 12 September)

-Mango Jasmine Frappe (dilancar 19 September)

Setiap rasa diinspirasikan oleh citarasa tempatan, tapi diberi sentuhan moden sejuk, menyegarkan, dan penuh nostalgia.

“Setiap corak Batik ada cerita, dan kami mahu cerita ini terus hidup, bukan hanya di atas kain, tapi juga dalam kehidupan seharian,” Izree Kai Haffiz, Pengarah Urusan FIZIWOO.

Estetik & Port OOTD Baru Di Pavilion Damansara Height

FIZIWOO X LUCKIN COFFEESumber : Sean LIM JX  

Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman unik ni, Luckin Coffee x FIZIWOO Concept Store dah pun dibuka di Level 2, Pavilion Damansara Heights.

Buka setiap hari dari 7.30 pagi – 10 malam (hari bekerja) dan 10 pagi – 10 malam (hujung minggu). Kolaborasi ini menjadi satu simbol bagaimana warisan Malaysia terus boleh diraikan dalam bentuk baru yang segar, sambil mengekalkan identiti budaya yang kita banggakan.

Tahniah sekali lagi untuk FIZIWOO dan Luckin Coffee!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...