“Fizikal Dia Memang Seperti Dalam TV, Saya Tak Kisah Diejek Kerana Mereka Tak Tahu” – Ibu

Trending

“Fizikal Dia Memang Seperti Dalam TV, Saya Tak Kisah Diejek Kerana Mereka Tak Tahu” – Ibu

Drama 7 Hari Mencintaiku sehingga sekarang telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam dengan lakonan mantap watak Buntat yang dilakonkan oleh adik Muhammad Ariff Abdullah apabila wataknya meninggal dunia dalam drama berkenaan yang ditayangkan di slot Akasia di TV3, semalam.

Advertisement

Nama beliau sering ‘trending’ dalam media sosial sejak drama berkenaan dimainkan di TV, namun dalam masa yang sama ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengejek fizikal pelakon kanak-kanak berkenaan.

Ibu Muhammad Ariff, Puan Rosdiana Mastura Abdulla, 29 berkata, dia tidak berkecil hati dengan ejekan berkenaan kerana anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Menurutnya, anaknya itu turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

“Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya,” katanya.

Rosdiana merupakan seorang kakitangan Jabatan Kemas Kedah yang kini menetap di Jitra Kedah, lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.

“Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

“Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...