Fizi Ali Tak Ambil Tahu Bekas Isteri Nak Cakap Apa, Ada Sebab Tak Beritahu Nak Kahwin – “Itu Hal Dia”

Hiburan

Fizi Ali Tak Ambil Tahu Bekas Isteri Nak Cakap Apa, Ada Sebab Tak Beritahu Nak Kahwin – “Itu Hal Dia”

Penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan bahawa dia enggan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu pernikahan ‘mengejut’ serta foto anaknya yang didakwa telah ‘ditekup’ tangan oleh anak tirinya.

Ujar Fizi, dia telah bersepakat dengan isteri, Siti Zulaikha untuk tidak bercakap mengenai pernikahan mereka sebelum ini.

Advertisement

Saya takut kalau beri sebarang kenyatan akan keruhkan lagi keadaan sebab itu saya ambil langkah berdiam diri. Isu pernikahan saya heboh diperkatakan, jadi sekarang adalah tempoh untuk tenangkan keluarga.

Kata Fizi, perkahwinannya bersama isteri adalah melibatkan keluarga sahaja dan tidak bercadang untuk memaklumkan kepada sesiapa, termasuklah bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Dia juga memberitahu bahawa enggan mengulas lanjut mengenai komen Shakilla yang mempersoalkan foto tersebut.

Saya pernah katakan sebelum ini, apa sahaja yang dia ingin katakan adalah hal dia. Saya dengan hal saya.

Saya pun tak beritahu dia untuk berkahwin semula kerana perbincangan hanya dilakukan dalam kalangan ahli keluarga.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla telah bercerai pada Disember 2021 setelah 3 tahun berumah tangga. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bergelar usahwan pada 23 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sihir
1 year ago

Pelakon Wanita Laris Awal Tahun 2000 Disihir Bekas Suami Kerana Harta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...