Fizi Ali Jadi Sukarelawan Banjir, Kongsi Keadaan Bencana Umpama Tsunami Kecil

Hiburan

Fizi Ali Jadi Sukarelawan Banjir, Kongsi Keadaan Bencana Umpama Tsunami Kecil

Penyampai radio Fizi Ali khabarnya tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di kawasan terjejas teruk akibat bencana alam itu.

Fizi ali
2 years ago

Malas Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai, Fizi Ali Jawab Tuduhan Netizen

Advertisement

Ujar Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizi Alimudin,32, dia terpanggil untuk menyertai misi bantuan itu setelah melihat banyak informasi mengenai tenaga kerja sukarelawan yang diperlukan dikongsi di media sosial.

Dia juga meluahkan rasa hiba dan sayu apabila melihat banyak harta benda hancur musnah akibat dibawa arus banjir.

Ini adalah misi bantuan banjir pertama saya, kalau ikutkan saya tak pernah sertai mana-man misi bantuan sebelum ini. Banyak kawasan pelru bantuan bukan saja makanan tapi sukarelawan.

Katanya lagi, dia begitu terkesan melihat kawasan perumahan mangsa yang musnah akibat bencana alam.

Pertama kali sampai kawasan Karak dan Bentong, tak tahu nak cakap macam mana perasaan hiba tu. Sebab masuk je kawasan tu, laluan utama tak boleh masuk.

Kena pusing sikit untuk masuk dan bila dah sampai, kita akan nampak kawasan itu dah macam mini tsunami dengan kereta di atas kereta, jalan penuh lumpur, pokok tumbang dan rumah roboh.

Selain menghulurkan bantuan makanan dan minuman, Fizi bersama rakan-rakan penyampai yang lain turut menghulurkan tenaga membersihkan sebuah kantin sekolah yang digunakan sebagai penempatan sementara beberapa keluarga.

Dia dalam pada itu turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai peluang untuk berbuat demikian (menjadi sukarelawan) agar menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...