Fizi Ali Akui Dah ‘Move On’ Dari Shakila Khoriri, Sedia Nak Kahwin Lagi Dengan Kekasih Baru

Hiburan

Fizi Ali Akui Dah ‘Move On’ Dari Shakila Khoriri, Sedia Nak Kahwin Lagi Dengan Kekasih Baru

Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali mengakui dia kini sudah bersedia untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri,

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin bin Alimudin berkata, dia sudah tidak takut lagi untuk dilambung ombak dan menerima sekiranya kembali bertemu jodoh.

Advertisement

Malah, penyampai radio berusia 33 tahun itu turut mengakui dia kini sedang berkasih dengan seorang wanita dikenali sebagai Tiz.

Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang.

Menurut Fizi, hubungannya dengan usahawan tersebut menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.

Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

Bukan itu sahaja, bapa kepada seorang anak itu berkata dia tidak mempunyai masalah untuk berkahwin pada tahun ini memandangkan usianya juga kini semakin meningkat.

Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja.

Dalam pada itu, Fizi meluahkan rasa syukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang.

Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain.

Bahkan, dia juga menerima banyak kiriman mesej daripada orang ramai yang meminta agar mereka segara mendirikan rumah tangga.

Ramai yang DM untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dibenci Malaysian, Disayangi Internasional" - Opai Terkilan Dihina Jadi Trader, Bangga Dilayan Macam Raja Di Negara Luar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...