Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur

Hiburan

Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur

Bagus juga Fiza sudi berkongsi mengenai kisah rujuknya dengan Adam kepada orang ramai. Iyerlah,sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Menariknya mereka berdua telah pun kembali bergelar suami isteri pada bulan Ramadhan lalu ketika bersahur. Terasa ‘comel’ pula apabila Abang Nara membaca apa yang diceritakan oleh Fiza. Mesti Fiza rasa sangat terharu.

fiza elite

Advertisement

Kata Fiza:-

Tiba-tiba masa sahur itu dia lafazkan mahu rujuk seula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung. Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali bergelar sebagai suami isteri. Syukur Allah mendengar doa saya dan peminat.

Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama.

Kalau nak kata kehidupan berubah daripada dulu tak ada sangat. Cuma masing-masing sudah baiki kesalahan diri sendiri. Ia mengajar kami agar lebih berhati-hati dalam kata-kata dan tingkah laku.

Paling penting, kami kena lebih banyak bersabar. Saya akui kehidupan lebih seperti lengkap semula. Dulu bila tak ada suami macam patah kaki sebelah juga rasanya.

Memanglah kita boleh hidup sendiri tapi bila bersuami ini rasanya lain sikit dan lebih baik sebenarnya.

fiza

Semoga kata-kata Fiza ini dijadikan panduan buat kita semua yang sedang mengharungi alam rumah tangga. Nasihat Abang Nara, selaku seorang suami, orang lelaki kenalah banyak bersabar. Orang perempuan ini banyak kerenahnya. Jangan terlalu ikut perasaan. Selalu bawa berbincang. Jangan pendam perasaan lama-lama. Insya Allah kekal bahagia buat selamanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...