Fiza Halim Tuntut Bekas Suami Adam AF Jelaskan Bayaran Mutaah Dan Hutang Kad Kredit

Hiburan

Fiza Halim Tuntut Bekas Suami Adam AF Jelaskan Bayaran Mutaah Dan Hutang Kad Kredit

Lebih daripada setahun bertolak ansur dan bersabar dengan bekas suaminya Adam AF, pelakon Fiza Halim dalam kenyataan terbaru beliau menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.

Advertisement

Malah, Adam juga dituntut untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000 yang hampir membuatkan nama Fiza disenarai hitam.

Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama.

Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya enam kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu. Disebabkan masalah hutang ini, nama saya hampir disenarai hitam masalah permohonan pinjaman untuk saya membeli kereta baharu juga tidak berjaya. Saya seperti terhegeh-hegeh menuntut hutang, sedangkan banyak panggilan dan mesej yang dihantar tidak dilayan.

Sebenarnya, Fiza agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik didepan masyarakat sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang.

Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej “alim” tetapi apa yang dilakukannya bertentangan. Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun.

Fiza cuma berharap agar Adam tidak terus mengelak dan cuba untuk membayar hutangnya sedikit demi sedikit. Fiza akui beliau merasa malu apabila kekasihnya pula membantu beliau membayar hutang kad kredit sedangkan kekasihnya itu tidak ada kena mengena didalam hal berkenaan.

Erm, tidak mahulah bermasam muka dan timbul rasa tidak puas hati kerana masalah hutang. Harapnya Adam dapatlah berbincang secara elok dengan Fiza jika anda menghadapi masalah kewangan dan cuba untuk melunaskan hutang anda sedikit demi sedikit.

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...