Fiza Halim Temui Cinta Baru, Raikan Hari Jadi Bersama Kekasih Di Hotel Mewah – “Semoga Kali Ini Bahagia Ke Jannah”

Hiburan

Fiza Halim Temui Cinta Baru, Raikan Hari Jadi Bersama Kekasih Di Hotel Mewah – “Semoga Kali Ini Bahagia Ke Jannah”

Pelakon Fiza Halim mencuri perhatian netizen selepas menyambut hari jadinya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Helmi baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, kelihatan Fiza sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan lelaki tersebut.

Advertisement

Fiza turut menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada Helmi kerana menjadikan hari jadinya lebih istimewa.

Thank you for making my birthday the most memorable day of my year. Another year older.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan Fiza dan Helmi berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Untuk rekod, Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, beliau berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang Aizat Al Jefri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jofliam
2025-08-25 15:45:37

"Siapa Suruh Curang, Dah Tinggal Spender Belum?" - Cik Epal Berang Diminta Bayar Separuh Yuran Sekolah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...