Fiza Halim Pening Kepala Bila Dilamar VIP Berstatus Duda

Hiburan

Fiza Halim Pening Kepala Bila Dilamar VIP Berstatus Duda

Orang perempuan selalunya mesti berangan nak kahwin dengan anak raja kan? Biasalah tu, siapa taknak hidup bersama dengan anak raja yang hensem dan kaya raya kan? Tapi lain pula ceritanya dengan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang mendakwa sedang bingung apabila dilamar seorang VIP.

Fiza Halim
4 years ago

Status Perkahwinan Terjawab, Fiza Halim Sahkan Sudah Bercerai Kali Ketiga Melalui Whatsapp

Advertisement

Fiza yang sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan mendedahkan perkara ini apabila seorang kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri.

Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan.

Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima. Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi. – Katanya.

Fiza Halim yang dihubungi BH Online turut menyatakan dia juga tidak mahu dikecam lagi. Ogos depan Fiza akan menyambut hari lahirnya yang ke-40 dan dia sudah tidak mahu main-main lagi termasuk soal cinta.

 

Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit. – Ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Fiza kini tidak terfikir lagi untuk menerima tawaran berlakon dalam situasi wabak pandemik Covid-19 dan hanya mendapatkan ulasan berbayar produk di Instagram serta bersedia untuk menjadi duta produk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...