April 28th, 2015

Ribuan takziah diucapkan kepada Fiza dan Adam yang telah pun mendapat berita sedih keguguran anak di dalam kandungan selepas hamil 7 minggu. Pastinya ia satu dugaan yang amat hebat buat pasangan suami isteri ini lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama mereka. Keguguran tersebut telah berlaku pada penghujung bulan Mac yang lalu. Nampaknya masih belum ada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata.
fiza adam keguguran

Sebelum ini, rumahtangga Adam dan Fiza pernah dilanda badai sehingga berlaku penceraian. Namun kedua-duanya kembali rujuk semula kerana rasa cinta yang amat tebal di dalam hati. Berita sedih ini dianggap Adam sebagai satu ketentuan daripadaNya. Kata Adam:-

Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran. Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu.

adam fiza

Tak apalah Adam dan Fiza. Sesungguhnya ujian daripadaNya hanya untuk mereka yang mampu menempuhinya. Insya Allah kalau ada rezeki akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Sumber Mstar Online.

izie

P.S: Jom shopping fashion terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. harga pastinya berpatutan dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. lebih banyak design yang pasti membuatkan anda rambang mata di website ^_^. Follow @iziefashion di instagram sekarang :)


Comments are closed.

Loading...