Pelakon Fiza Halim baru-baru ini tampil mempertahankan diri berikutan imejnya yang tercalar akibat digelar kaki sondol dan mata duitan sejak bulan lalu.
Ujar Fiza, dia kini sudah tidak dapat menahan sabar apabila individu yang memulakan cerita tersebut telah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghubungi isteri kepada bekas suami pertamanya.
View this post on Instagram
Malah, individu itu turut mengaitkan bekas suami keduanya iaitu penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam.
Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi pula. Semalam pun dia muat naik status lagi. Dia siap pergi DM isteri kepada bekas suami pertama saya. {ergi kaitkan dengan orang lain termasuk Adam. Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi. Bukan tak tahan, tapi saya kena pertahankan diri.
Tambahnya lagi, kisah penceraiannya itu sudah lama berlaku dan sudah pun berbaik dengan bekas suami namun ada pula anasir lain yang mengeruhkan keadaan dan membuat onar.
Enggan mendiamkan diri, Fiza juga ada mengajak individu tersebut untuk bertemu dengannya tanpa perlu menyebarkan perkara fitnah kepada umum di media sosial.
View this post on Instagram
“Kalau betul tak puas hati, mari berjumpa dengan saya. Cukup la saya kena maki, kena caci dan keluarga semua kena hina. Dalam minggu depan Insya-Allah, saya akan dapat keputusan daripada pihak polis.” kata FIza.
Terdahulu, Fiza telah mendirikan rumah tangga bersama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Perkahwinannya bersama Aizat merupakan pernikahan kali ketiga buat Fiza.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Manusiaharini
August 15, 2021 at 7:16 pm
Move on lah dah tua nak berbalah lagi nak sue lagi orang sibuk covid pandemic ngko dah macam makcik ni dah ada anak move on lah dari mata dah nampak psycho die lagi line mata wrinkles ko pergi kahwin lah dah meroyan time covid ni orang byk mati why so selfish and inconsiderate Bukan nak menjatuhkan bising semak artist cam ni buat covid menjadi jadi try accept you are the trouble maker tak perlulahhhhhh buat drama cam ni
De seuss
August 15, 2021 at 1:40 pm
Let me put this in easy context lepas ni Kay tak dapat laki pilot atau laki baik macam ex husband kau, God give u once now u kena cari yang low income untuk betulkan niat kau.