Pengacara dan personaliti TV, Fiza Frizzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang individu yang dipercayai penyampai radio tempatan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fiza mempersoalkan kelakuan individu berkenaan yang menurutnya jauh berbeza daripada imej sopan dan lembut yang dipamerkan di media sosial.
Saja lah nak beritahu, boleh je nak join jadi penyampai radio, pengacara TV, tapi attitude kena jaga. Mungkin sekarang radio itu tak nampak, awak pula pamerkan watak terpaling lembut dan sopan.Tapi kami tahu awak lah sebenarnya manusia paling biadab.
Dalam hantarannya, Fiza turut menyindir perjalanan kerjaya individu tersebut yang dikatakan sering berubah-ubah.

Daripada menjual tudung, kerja dekat radio. Kemudian awak kembali semula jual tudung, sekarang nak join radio yang warna hijau. Kesian netizen, sentiasa terpedaya dengan benda yang dalam sosial media. Tak hadap tak hamak.
Walaupun nada tegurannya agak sinis dan lantang, Fiza tidak menamakan sesiapa atau memberi sebarang petunjuk jelas mengenai individu yang dimaksudkan.
Luahannya mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, namun ramai bersetuju teguran mengenai sikap dan profesionalisme dalam industri hiburan wajar dijadikan peringatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
