April 22nd, 2014

Ya kisah rumah tangga Fiza Elite dan Adam AF sememangnya mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Bermacam-macam versi yang sudah Abang Nara dengari. Terbaru, katanya Fiza Elite telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai. Namun seperti biasa, desas-desus itu tidak disahkan oleh Fiza mahupun Adam. Kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.

fiza dan adam cerai

Namun menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza Elite telah memberikan sedikit bayangan mengenai keadaan rumah tangganya. Menerusi bait-bait ayat yang ditulisnya, banyak pihak membuat anggapan bahawa memang benar rumah tangga Fiza dan Adam sedang bergolak. Tulis Fiza:-

Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin

fiza

Sedih la pula membaca luahan hati Fiza Elite ini. Memang benar tiada mana-mana pasangan suami isteri yang mahukan mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun kalau itu adalah jalan terbaik, siapalah kita untuk menghalangnya? Semoga Fiza dan Adam dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Toyota Passo baharu dilancarkan di Jepun


Comments are closed.

Loading...