December 26th, 2019

Baru-baru ini, pelakon jelita Mira Filzah mengakui sedang berkenalan dengan seorang jejaka, tidak lama selepas itu Mira menerusi Insta Story memuat naik sesi ‘fitting’ baju perkahwinan di sebuah butik milik pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi.

mira filzah

Muat naik tersebut mencetuskan tanda-tanya adakah Mira bakal berkahwin tidak lama lagi? Malah, rata-rata peminat juga sudah mengucapkan tahniah kepada aktres itu.

Enggan ramai yang salah faham, Mira menafikan dakwaan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun depan. Dia sama sekali tidak akan merahsiakan daripada pengetahuan umum sekiranya merancang untuk berkahwin.

mira filzah kahwin 2020

Itu kuasa Allah. Saya tak tahu apa yang bakal berlaku tahun depan. Sepanjang 12 bulan itu apa saja boleh jadi. Saya tak boleh komen lanjut mengenai soal ini tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mengimpikan sebuah pengakhiran yang bahagia dan berkahwin.

Niat itu ada tetapi belum ada sebarang perbincangan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak buat masa ini.

mira filzah kahwin

Jelas Mira, pemilihannya sebagai Face of Bridal Rico Rinaldi 2020 tiada kena-mengena dengan gosip yang mendakwa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sumber Berita : Harian Metro & Astro Gempak


7 responses to “‘Fitting’ Baju Kahwin, Mira Filzah Bakal Berkahwin Tahun Depan?”

  1. Anonymous says:

    dh sendiri upload caption mengundang pastu xnak komen pulak.. sakaiiiii

  2. hanii says:

    tu la pasalllllll….. ingatkan dia ni bijak…bodoh piang jugak…

Loading...