Ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris tampil menafikan bahawa dirinya adalah individu yang dikaitkan dengan gosip melibatkan seorang penyanyi nasyid yang didakwa curang terhadap isteri.
Dalam temu bual bersama media, Fitri yang kini berusia 41 tahun berkata beliau terkejut apabila mendengar gosip berkenaan yang sedang hangat tersebar di media sosial, dan menegaskan bahawa dirinya langsung tidak terlibat dalam isu tersebut.
Saya tak tahu-menahu tentang gosip itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai pemuzik. Sekarang ini saya sedang menguruskan beberapa perkara, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan London.
Saya langsung tak sempat ikuti apa-apa gosip atau kontroversi. Bila ditanya baru saya tahu. Tapi saya nak tegaskan, individu yang dikaitkan dalam gosip itu bukan saya.
Fitri berkata demikian semasa ditemui ketika menghadiri program Al-Quran Di Mana-Mana yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada hari Khamis.
Dalam pada itu, Fitri turut menyatakan bahawa rumah tangganya bersama isteri tercinta, Fazilah Omar, berada dalam keadaan harmoni dan bahagia. Malah menurutnya, keluarga sentiasa menemani ke mana sahaja dia pergi.
Anak dan isteri ada sahaja dengan saya, ikut ke mana sahaja. Kami hidup bahagia, sihat dan gembira. Saya tak pasti kenapa nama saya dipetik. Tugas saya sepenuh masa sebagai pensyarah kemudian hujung minggu dengan UNIC.
Saya anggap mereka yang mendakwa saya, mereka tidak tahu perkara sebenar. Jadi mereka hanya meneka, kadang tekaan kena kadang tidak.
Tular di media sosial dakwaan seorang penyanyi nasyid terkenal menjalinkan hubungan sulit dengan wanita muda anak kepada ahli politik, dan sering dilihat bersama di pusat beli-belah. Isterinya dikatakan sudah mengetahui perkara itu dan memberi keizinan untuk mereka berkahwin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.