“Fitnah Makin Besar Sekarang.” – Ali Puteh ‘Petik’ Nama Jiran Pula, Minta Beri Bukti Dia Ada Di Rumah Ketika Hari Kejadian

Hiburan

“Fitnah Makin Besar Sekarang.” – Ali Puteh ‘Petik’ Nama Jiran Pula, Minta Beri Bukti Dia Ada Di Rumah Ketika Hari Kejadian

Pelawak Ali Puteh tampil memberi peringatan kepada individu yang menuduhnya berada di rumah ketika balu Allahyarham Abam, Hidayah datang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini.

Difahamkan, seorang individu yang mendakwa dirinya jiran dan tinggal berdekatan dengan kediaman arwah Abam ada mendedahkan bahawa Ali Puteh sebenarnya berada di dalam rumah ketika hari kejadian.

Advertisement

Ali sebelum ini memberi kenyataan bahawa dia tidak ada di rumah Abam dan turut menafikan sekerasnya mengenai dakwaan individu itu dan menganggap ia adalah tidak benar dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

Fitnah makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah.

Dia juga meminta individu itu untuk tampil dan memberi bukti yang jelas jika benar dia berada di dalam rumah tersebut.

Jiran Ali

 

Tambahnya lagi, dia tidak tinggal dan menetap di kediaman milik arwah abangnya itu dan perkara (ada di rumah ketika Hidayah hadir) adalah sesuatu yang mustahil.

Kalau betul, tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen.

Caprice ali puteh
1 year ago

(VIDEO) "Kita Ni Jantan, Tak Perlu Nak...." - Isu Berebut Harta, Caprice Kirim Nasihat 'Padu' Buat Ali Puteh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...