Pelawak Ali Puteh tampil memberi peringatan kepada individu yang menuduhnya berada di rumah ketika balu Allahyarham Abam, Hidayah datang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini.
Difahamkan, seorang individu yang mendakwa dirinya jiran dan tinggal berdekatan dengan kediaman arwah Abam ada mendedahkan bahawa Ali Puteh sebenarnya berada di dalam rumah ketika hari kejadian.
Ali sebelum ini memberi kenyataan bahawa dia tidak ada di rumah Abam dan turut menafikan sekerasnya mengenai dakwaan individu itu dan menganggap ia adalah tidak benar dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah.
Fitnah makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah.
Dia juga meminta individu itu untuk tampil dan memberi bukti yang jelas jika benar dia berada di dalam rumah tersebut.
Tambahnya lagi, dia tidak tinggal dan menetap di kediaman milik arwah abangnya itu dan perkara (ada di rumah ketika Hidayah hadir) adalah sesuatu yang mustahil.
Kalau betul, tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen.