Disebabkan menyambut perayaan Nyepi di Bali, penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian didakwa murtad dan ingin berpindah ke agama Hindu seperti tunangnya yang juga seorang penyanyi iaitu Mahalini.
Menyambut Hari Nyepi
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini, Rizky terlihat sedang menyertai sekumpulan penganut agama Hindu yang sedang mengangkat patut Ogoh-Ogoh.
Melihat hantaran berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penyanyi tersebut yang seperti tidak menghormati agama Islam kerana menghadiri perayaan berkenaan.
Sudah murtad? Mahu pindah agama ya bang? Adakah masih beragama Islam?
View this post on Instagram
Mahalini mempertahankan
Pada masa yang sama, di tengah-tengah kritikan yang diberikan oleh followers di ruangan komen hantaran itu, Mahalini turut tampil mempertahankan tunangnya. Meskipun tidak menafikan perbuatan mereka itu, penyanyi ini seolah-olah menyifatkan kecaman yang diberikan itu sebagai fitnah.
Katanya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh.
View this post on Instagram
Tidak mahu perkara ini terus menjadi bualan, Rizky pula telah menutup ruangan komen gambar itu.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah bergelar tunang pada Mei lalu di sebuah hotel dan majlis berkenaan diadakan secara tertutup. Pasangan penyanyi ini sering menjadi perhatian kerana perbezaan agama mereka, iaitu Rizky beragama Islam manakala Mahalini beragama Hindu.