February 23rd, 2020

Pelakon Emma Maembong memang sudah sinonim dengan gosip liar sejak daripada awal kemunculannya dalam industri seni tanah air lagi. Meskipun mempunyai bakat lakonan yang baik tetapi ramai yang sering memberi fokus kepada kontroversi yang melibatkan dirinya.

emma maembong

Kalau anda perasan, pelakon wanita ini sering dikaitkan dengan ramai lelaki sepanjang karier seninya tapi nampaknya semua tidak berkekalan.

Pun begitu, khabar angin bertiup kencang dalam dunia seni apabila dikhabarkan Emma bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tarikh keramat 20.02.2020. Dan ternyata telahan itu adalah tepat!

Selepas dua bulan bercinta, Emma memilih Muhammad Shazli Azhar iaitu seorang juruterbang sebagai teman hidupnya. Semua peminat nyata teruja dengan berita gembira itu.

emma dan shazli

Pun begitu, ramai pula netizen yang kecoh apabila terlihatkan gambar mesra di antara Cha Cha Maembong dan abang ipar barunya itu. Adegan lelaki itu mencium pipinya di atas pelamin di samping Emma membuatkan ramai yang kesal dengan tindakan tidak sensitif mereka.

cha cha maembong dicium abang ipar

Memang terima kecaman daripada serata rakyat jelata apabila ipar duai baru tersebut buat perangai tak senonoh di hari yang bahagia itu!

cha cha maembong dicium abang ipar

Tak pastilah apa motif disebalik posing itu tetapi sepatutnya Emma, Cha Cha dan Shazli peka dengan batas aurat di antara ipar. Takut jadi fitnah orang!

Sumber: Twitter

Sumber foto: Amir Naufal Photography, project2pi


10 responses to ““First Time Tengok Pengantin Lelaki Cium Adik Ipar”- Chacha Maembong Dikecam Netizen!”

  1. Anom says:

    Maybe yg dicium tu perasan bayi kot..geli tgk perangai manja terlebih ni..dh tua kot, kalau umur belasan tu xpe la

  2. Anonymous says:

    Kesian kt geng bawang rangers..tak dan nak berehat…!!!Kes Ali dah diberi HIDAYAH dan kes selesai.Ini kuar plak kes Mahram…Adoyaiiii…!!!!

  3. Insan19 says:

    Kata pilih suami sbb kuat agama.. Camne tu..

  4. cik halia says:

    well..its chaca maembong…apa nak heran

  5. Anonymous says:

    tak apa, nanti emma minta maaf la.. mcm kes buka tudung hari tu..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...