Sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Pahang pada hari ini setelah lima tahun menggalas tanggungjawab untuk negara.
Terkesan dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri
Boleh dikatakan, seluruh rakyat Malaysia ketika ini rasa sebak dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri Agong susulan sikap baginda yang sangat peramah dengan rakyat sepanjang bertugas.
Dapat dilihat di laman TikTok, tular video memaparkan majlis bersalaman kakitangan istana bersama YDPA dan Permaisuri Agong yang membuatkan netizen sedih.
“28 tahun hidup, first time nangis sebab Agong..”
Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut merasakan kesedihan kakitangan istana yang terpaksa berpisah dengan YDPA dan Permaisuri Agong setelah lima tahun bersama.
Sekadar info, Sultan yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas ini adalah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ia bermula pada 31 Januari, esok.