“‘First Time’ Aku Dengar Ada ‘Signal’ Untuk Jalan Terus” – Netizen Terhibur Pemandu Hilux Tak Mengaku Salah

Kehidupan

“‘First Time’ Aku Dengar Ada ‘Signal’ Untuk Jalan Terus” – Netizen Terhibur Pemandu Hilux Tak Mengaku Salah

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengguna yang tidak menyangka dia terpaksa berhadapan seorang pemandu Hilux yang sanggup turun daripada kenderaannya semata-mata untuk memarahi orang lain atas kesalahan sendiri.

Difahamkan, kejadian tersebut berkalu di kawasan plaza tol apabila pemandu wanita itu sedang memandu terus menuju ke lorong Touch ‘n Go dengan secara tiba-tiba sebuah Toyota Hilux memintas masuk di hadapannya.

Advertisement

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu dilihat memberhentikan kenderaan dan keluar daripada kenderaannya semata-mata mahu mencetus provokasi.

hilux

Mana signal awak? Awak kena bagi signal di sini.

Pemandu wanita yang terkejut dengan tindakan pemandu Hilux itu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan membunyikan hon sebagai tanda teguran.

Kenapa saya kena beri signal? Ini laluan saya. Saya mahu pergi terus kenapa saya kena beri signal? Awak tak pernah belajar memandu ke?

@rukiacosplayer

Sorry I sound so angry I was not having it ? I don’t usually sound like that #karen #dashcammalaysia #roadbully

? Oh No – Kreepa

Meninjau dirungan komen, rata-rata netizen terhibur dan tertanya-tanya sejak bila pengguna jalan raya perlu memberikan lampu signal ketika mahu berjalan terus.

“Mana ada orang bagi signal jalan straight macam tu.. aduh Karen,” tulis seorang netizen.

“Gigih pulak dia turun kereta nak marah orang lain atas kesalahan dia sendiri,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

TikTok postinor
2 years ago

(VIDEO) Wanita Beli Pil Cegah Hamil Tapi Kena 'Judge', Pelajar Farmasi Ini Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...