Penantian rakyat Malaysia terutamanya pengguna barangan teknologi Apple bakal berakhir apabila kedai fizikal pertama Apple Store Malaysia akan dibuka berbaki empat hari sahaja lagi.
Apple Store bakal menemui pengunjung 22 Jun ini
Berlokasi di TRX Echange, Apple Store itu sememangnya dinantikan pengguna teknologi jenama itu sejak sekian lama.
Memetik Soya Cincau, ini adalah pandang pertama ataupun ‘first look’ Apple Store dari luaran sebelum ia dibuka untuk orang ramai.
Perbezaan Apple Store dengan ‘retail store’ produk Apple
Selain rekaan dalaman yang unik, apakah sebenarnya yang membezakan Apple Store dengan kedai rasmi yang menjual barangan jenama itu?
Kalau anda nak tahu, kebanyakan Apple Store yang dibina mempunyai beberapa tingkat serta staf yang dilatih bagi membantu pelanggan dengan perkhidmatan unik dan personalisasi.
Anda juga boleh menempah temu janji jikalau ingin bertemu pakar supaya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai setiap produk yang ditawarkan.
Bukan sahaja disediakan ‘after sale service’ dan pembaikan produk, anda juga tidak perlu beratur seperti kebiasaan di kedai rasmi barangan Apple untuk mendapatkan model terbaru kelak.
Selain itu, Apple Store turut menyediakan kemudahan ‘Today At Apple’ dimana pengunjung boleh mempelajari skil-skil terbaru serta kemudahan produk mereka, antaranya fotografi, ilustrasi, ‘coding’, video, muzik, bisnes, pendidikan dan banyak lagi.
‘Today at Apple’ disediakan percuma dan turut terbuka kepada bukan pengguna produk Apple.
Tak sabar menantikan pembukaan Apple Store nanti! Ia akan dibuka kepada awam jam 10 pagi pada 22 Jun 2024. Jumpa anda di sana!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.