“First Come, First Serve”- Wanita Dikecam Netizen Suka Hati ‘Cop’ Tempat ‘Parking’

Kehidupan

“First Come, First Serve”- Wanita Dikecam Netizen Suka Hati ‘Cop’ Tempat ‘Parking’

Isu ‘parking’ bukanlah satu perkara baru yang perlu dihadapi oleh setiap pemandu di luar sana dan salah satu isu yang biasa adalah ‘mengecop’ tempat letak kereta.

Seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fareez Aiman, rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang wanita yang dipercayai ‘menjaga’ tempat letak kenderaan untuk kepentingan sendiri.

Advertisement

Dalam video berkenaan, wanita tersebut secara jelas berdiri di tengah-tengah petak parking yang sememangnya kosong demi menghalang sebarang pemandu meletak kereta di tempat berkenaan.

Pada awalnya, wanita itu seakan-akan berkeras menghalang pemandu kereta itu daripada masuk ke tempat letak kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalah dan mengendahkan permintaan wanita itu untuk mengalihkan kenderaan ke tempat lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut kerana tiada siapa yang mempunyai hak untuk ‘mengecop’ tempat parking awam.

myvi
3 years ago

"Next Level.." - Selamba 'Parking' Dalam Rumah Orang, 'Owner' Myvi Dikecam Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...