Finland Tawarkan Percutian Percuma Kepada Orang Luar

Trending

Finland Tawarkan Percutian Percuma Kepada Orang Luar

Finland diisytiharkan sebagai negara paling bahagia di dunia daripada 156 negara, menurut satu tinjauan tahunan yang dikeluarkan pada 14 Mac 2018. Kedudukan tersebut diukur berdasarkan ciri-ciri Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita, sokongan sosial, jangka hayat kesihatan, kebebasan sosial, bebas daripada rasuah dan kemurahan hati.

Baru-baru ini negara paling bahagia ini telah menawarkan kebahagiaan yang dikecapi oleh negara ini untuk diexport ke seluruh pelusuk dunia dengan membenarkan orang luar melawat Finland secara percuma melalui sebuah program.

Advertisement

Program ‘Rent A Finn’ adalah salah satu cara terbaik untuk anda semua melancong ke Finland dan meluangkan masa dengan beberapa panduan kebahagian negara dan menjalani kehidupan sebagai warga tempatan secara santai dan bersahaja.

8 orang warga Finland yang menetap di seluruh bandar telah mendaftar sebagai tuan rumah bagi membantu orang luar menyertai program ini. Salah seorang warga Finland iaitu Esko merupakan Datuk Bandar Rovaniemi, Lapland Finland ingin berkongsi kegembiraan pada musim panas di Finland bersama orang yang menyertai program ini di kampungnya.

Apa yang akan beliau kongsikan adalah  ilmu memetik buah berry, memanggang, mengayuh perahu, dan bermain permainan yang berasal dari Finland iaitu mölkky.

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman yang berbeza, anda boleh juga tinggal bersama pasangan  Linda dan Niko yang menetap di  Utö kepulauaan Finland. Mengikut biodata mereka, anda akan dikenalkan dengan kehidupan di pulau  yang sederhana, dikelilingi dengan orang yang mesra, ramah, penyayang dan pemandangan yang semulajadi yang menakjubkan.

Jika anda memilih  mereka, anda akan dibawa untuk belayar dan juga berkhemah di pulau-pulau kecil berdekatan.

Berminatkan nak melancong di Finland secara percuma. Apalagi mohonlah di ‘Rent A Finn’ dengan mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah rakamkan video berdurasi 3 minit tentang diri anda, ceritakan minat anda terhadap  alam semulajadi dan matlamat anda untuk mengembara ke Finland pada cuti musim panas ini.

Selepas itu, isikan borang permohonan di laman web. Pemenang akan terpilih dan akan ke Findland pada musim panas ini selama 3 hari dengan tarikh yang berbeza yang diberikan oleh tuan rumah. Semua perbelanjaan dan penginapan akan ditangggung sepenuhnya.

Pasti anda semua berminat nak sertai? Apa yang anda perlu tahu sepanjang anda berada di sana anda akan difilemkan tau. Jangan risau, cubalah dahulu mana tahu rezeki anda terpilih untuk sertai program ini. Selamat mencuba ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...