FINAS Gesa Syarikat Produksi Beri Kerjasama Buat Ujian Berkala

Hiburan

FINAS Gesa Syarikat Produksi Beri Kerjasama Buat Ujian Berkala

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan yang mereka tidak akan memandang ringan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi penggambaran bagi mengelakkan tercetusnya kluster warga seni.

md. nasir
2 years ago

Bapa Anzalna Sah Dilantik CEO Finas Baharu Mulai 1 November

Advertisement

Zakaria Abdul Hamid mengatakan yang pihaknya sudah melakukan sehabis baik dengan mematuhi pelan pemulihan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menuju dari fasa pandemik kepada endemik.

FINAS tidak pernah lepas tangan setiap kali menerima aduan berkaitan syarikat produksi tidak bertanggungjawab melanggar SOP, termasuk meneruskan penggambaran biarpun ada di kalangan kru yang tidak sihat.

Tambah Pengerusi FINAS itu, pihaknya menerima aduan berkenaan insiden kes positif COVID-19 selepas dakwaan sebuah syarikat produksi yang dipercayai JS Pictures meneruskan penggambaran biarpun sebahagian kru didapati positif COVID-19.

Susulan kejadian tersebut, pasukan penguatkuasaan sudah dikerahkan ke lokasi penggambaran bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati syarikat tersebut mematuhi SOP penggambaran seperti dikeluarkan oleh MKN.

Namun, mereka gagal mematuhi SOP daripada KKM mengenai keperluan menjalani kuarantin selama tujuh hari apabila bertindak menyambung kembali penggambaran pada hari keenam.

FINAS

Kes jangkitan tetap akan berlaku tetapi apabila pelakon dan kru sudah divaksinasi, kesan jangkitan adalah minima iaitu dalam kategori 1 & 2 sahaja.

Menurut Zakaria Abdul Hamid, kes tersebut sudah berada dalam penilaian KKM dan FINAS hanya menantikan tindakan sewajarnya daripada pihak kementerian.

Zakaria turut menyeru supaya syarikat produksi memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk membuat ujian COVID-19 secara berkala sebelum dan selepas sesi penggambaran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...