Baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hans Isaac telah mengumumkan bahawa pelakon muda tidak lagi dibenarkan membawa watak orang tua bermula daripada Januari tahun hadapan.
Dia menegaskan bahawa syarat itu dibuat bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Ini juga merupakan langkah bagi menggalakkan para pelakon veteran supaya kembali aktif berlakon tanpa sebarang halangan.
Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.
Ramai juga yang bersetuju dengan cadangan Hans ini memandangkan acap kali kita mendengar keluhan ramai pelakon veteran bahawa mereka tiada tawaran lakonan langsung apabila sudah mencecah usia tua.
Walaubagaimanapun, Michael Ang yang juga merupakan pengarah drama terkenal telah menyelar peraturan baru FINAS ini. Katanya, ia akan menyekat kebebasan anak seni untuk berkarya.
Lelaki mualaf itu bertegas bahawa peraturan itu tidak masuk akal dan perlu dipinda sedikit mengikut kesesuaian watak dan skrip.
Mungkin ada juga benar kata Michael Ang dan juga Hans Isaac itu. Apa kata mereka berbincang semula bagi mendapatkan pandangan lebih mendalam lagi daripada anak-anak seni yang lain.
Anonymous
November 21, 2019 at 6:42 pm
Yg paling kelakar…marissa yasmin tak silap umur 44…anak jul ripin umur 33…klu ye pun nak tnjukkan mak tu kawin muda…atau nak tunjuk mak tu awek muda…carilah org lain…ramai lg yg boleh pegang watak mak kepada jul ripin ni…
Anonymous
November 21, 2019 at 5:01 pm
kawin muda sis lepas spm..tu yg beza 10 tahun jek ngn anak
tecit
November 21, 2019 at 4:56 pm
mungkin die boleh buat syarat. kecuali cite tu mmg ade buat flashback ke. tp ade je cite2 yg dorang buat mase muda lain, mase tua orang lain. klu pelakon tu bagus die masih pandai menjiwai watak tua tu even die xbwk watak muda. its a challenge actually. melainkan producer nk pelakon yg same utk jimat.
Neo
November 21, 2019 at 4:49 pm
Btl..ni fahaman hans sebenar nye..cube bincang n faham kan btl2…jgn main petik tajuk besar tp isi nya xbaca abes n fahamkan…
NAAAAAAAAAAAAAAAAA
November 21, 2019 at 4:49 pm
APA YG AKU PERASAN MARISSA YASMIN SELALU BAWAK WATAK MAK2. PASTU ANK NYA BUKAN MAIN ‘MUDA’ SGT. WOI BOSAN TAU TAK. UMO LBH KURANG SEBAYA, TP MAK DGN ANK MCM ADIK BRADIK DAH AKU TGK. MCM KAKAK DGN ADIK. DRAMA MELAYU ASYIK MUKA DIA JD MAK, DATIN JE MEMANJANGGGG. BOSANNNNNNNNNNN KESIAN ASYIK BERLAKON JD ORG TUA. PADA HAL TAKDE LA KREPOT SGT. KUT YA PN SESUAI DGN WATAK IBU2 GITU, ANK TU BIAR LAH UMO YG 20AN KE.ATAU BAWAH. NI CONTOH, ZUL ARIPIN TU JD ANK ENGKO. MCM BENGONG. GUESS WHAT, UMO DIA 42 THN, ZUL TU? DH TUA BANGKA