Baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hans Isaac telah mengumumkan bahawa pelakon muda tidak lagi dibenarkan membawa watak orang tua bermula daripada Januari tahun hadapan.
Dia menegaskan bahawa syarat itu dibuat bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Ini juga merupakan langkah bagi menggalakkan para pelakon veteran supaya kembali aktif berlakon tanpa sebarang halangan.
Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.
Ramai juga yang bersetuju dengan cadangan Hans ini memandangkan acap kali kita mendengar keluhan ramai pelakon veteran bahawa mereka tiada tawaran lakonan langsung apabila sudah mencecah usia tua.
Walaubagaimanapun, Michael Ang yang juga merupakan pengarah drama terkenal telah menyelar peraturan baru FINAS ini. Katanya, ia akan menyekat kebebasan anak seni untuk berkarya.
Lelaki mualaf itu bertegas bahawa peraturan itu tidak masuk akal dan perlu dipinda sedikit mengikut kesesuaian watak dan skrip.
Mungkin ada juga benar kata Michael Ang dan juga Hans Isaac itu. Apa kata mereka berbincang semula bagi mendapatkan pandangan lebih mendalam lagi daripada anak-anak seni yang lain.
joe
November 22, 2019 at 11:29 am
lantak korang la..tapi filem tamil superajini jadi muda 40 tahun beb…bokopis lagi
Anonymous
November 22, 2019 at 8:53 am
“Lelaki mualaf itu bertegas bahawa peraturan itu tidak masuk akal dan perlu dipinda sedikit mengikut kesesuaian watak dan skrip.”
Dear Ms. Irsa,
Why dont yo just address him as a director or producer instead of lelaki mualaf. His faith, his status as muslim dont relate it in this kind of article.
Anonymous
November 21, 2019 at 11:21 pm
Dan skrg Jasmin Hamid jd ibu Syukri Yahya.