Filipina Negara Pertama Di Asia Tawar Teknologi 5G

Teknologi

Filipina Negara Pertama Di Asia Tawar Teknologi 5G

Teknologi 5G bakal menawarkan sambungan yang lebih pantas dan lebih baik berbanding 4G pada hari ini. Pengguna 5G akan dapat menikmati kadar muat turun dan muat naik yang lebih pantas.

Negara jiran kita iaitu Filipina akan menjadi negara pertama dalam Asia yang melancarkan jaringan 5G.

Advertisement

Syarikat Internet tempatan Filipinan Globe telah mengumumkan teknologi 5G akan mula digunakan di negara ini oleh semua penduduk pada bulan Julai ini.

Liputan rangkaian terbaru ini akan terhad kepada kawasan yang terpilih sahaja dan memberi tumpuan kepada kawasan kediaman.

Filipina adalah negara yang menduduki tempat ke-107 di dunia dengan kelajuan internet 20Mbps.

Pelan 5G yang boleh dinikmati hadir dengan kuota 2TB yang ditawarkan dengan kelajuan 20Mbps, 50Mbps, dan 100Mbps yang akan membelanjakan kos sebanyak RM153.14 (US $ 37), RM202.80 (US $ 49), dan RM235.91 (US $ 57).

Manakala di Malaysia, rangkaian 5G ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2021 atau 2022. Manakala Singapura akan menawarkan rangkaian terpantas ini kepada penggunanya pada tahun 2020.

Sumber: Mashable

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...