May 18th, 2009

filem syurga cinta

Berdesing sekejap telinga kami bila terbaca kenyataan Awal Ashaari, pelakon utama filem Syurga Cinta tentang wanita bertudung. Ada ke patut si Awal nie cakap macam nie:-

Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka

Pesanan buat artis-artis semua, kalau rasa ilmu agama tak cukup di dada sila jangan keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh seperti di atas.

Memang dah jadi kewajiban untuk wanita Islam pakai tudung, kenapa nak hairan pulak? Janganlah kerana nak promosikan filem Syurga Cinta anda sanggup nak buat kenyataan bodoh macam nie. Nampak macam orang tak belajar agama je.

Apa pun trailer filem Syurga Cinta nampak macam menarik. Tunggu nanti kami akan pergi tengok 21 hb nie dan buat ulasan tentangnya di blog ini.


Comments are closed.

Loading...