Written by Bella | October 18th, 2019

Filem animasi popular Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production mencipta sejarah tersendiri apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.

upin ipin oscars 2020

Upin Ipin bakal bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Berita gembira dan membanggakan itu dikongsikan oleh Les’ Copaque menerusi akaun Instagram rasmi mereka dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa terhadap filem animasi tersebut.

upin ipin keris siamang tunggal oscars 2020Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ia ditayangkan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team  Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.

12 responses to Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Pencalonan Anugerah Oscars 2020

  1. Anonymous says:

    boboiboy? ejen ali? kan best kalau tiga2 dpt masuk. barulah diorg tau katun kita.. anyway congrats lescopaque

  2. Anonymous says:

    terbaikkk

  3. meetomato says:

    i thought upin & ipin perlu bantuan dari segi kewangan ke oscar…i just heard it on radio lite fm?

  4. kaktus says:

    SYUKUR ALHAMDULILLAH. TAHNIAH.

  5. minah jambu say NO to drugs says:

    its good..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini