Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Dapat Sambutan, Dipuji Netizen

Kembar animasi popular Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Advertisement

Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan animasi yang sudah setaraf dengan Disney dan Pixar. Bukan itu sahaja, ia turut menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, tetapi ia turut mendapat sambutan daripada orang dewasa juga. Rata-rata penonton mengakui Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal diluar jangkaan mereka dan memberikan rating yang tinggi.

Filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta dan telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.


Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Mereka dengan watak-watak cerita dongeng kini perlu pertahankan kerajaan Inderaloka dari raja jahat yang ingin memusnahkannya.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Video :  Les’ Copaque Production

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    March 25, 2019 at 11:58 pm

    Hahaha ade 1 scene tu ala2 transformer die nye slow mo tp xde lah tiru bulat2 cuma gaya tu mmg ala2 je and jalan cerita lagu termasuk karakter semua mmg kena dgn storyline. Takde langsung terasa bosan wpon cerita utk budak2.

  2. Karma is bitch.

    March 25, 2019 at 5:36 pm

    Ok tu.. Jngn kena claim tiru sna sini dah.. Nnti mcm filem yg baru2 ni tiru filem barat.. Skarang wartawan pun krik krik je…mungkin dah d warning supya tutup crita tu.. Hri tu mati2 anak branak nak saman cetak rompak.. Last2 anak sndri copy paste tukar skit je jln. Lol..

  3. Azarul Cute

    March 25, 2019 at 3:25 pm

    totally worth it… Padu teruk cerita ni

  4. nana

    March 25, 2019 at 2:12 pm

    memang best

  5. Anonymous

    March 25, 2019 at 1:24 pm

    promosi jgn x promosi..lauk mahal di geng corner..kasi murh sikit boleee

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama