Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.
Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.
Menariknya filem Upin Ipin kali ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang dewasa juga.
Mempunyai jalan cerita yang menarik, penggembaran Upin Ipin kali ini bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.
Anonymous
April 12, 2019 at 10:29 am
Movie ni mmg menarik dan i suka jln ceritanya, sekeluarga enjoy…termasuk atok dan omma…surprisingly atok lansung x tido, sbb lagu dan jln cerita yang x membosankan..sampai skrg ank i still humming lagu Nakhoda Ragam :) keep it up Les’ Copaque! x sabar Puteri the Movie pulak…my princess awating for this.
mia
April 12, 2019 at 12:12 pm
perghhhh ade omma tuu…
Anonymous
April 12, 2019 at 9:05 am
1 je kecewa sbb kak ros n abg saleh takde ekekekeke
Anonymous
April 12, 2019 at 9:04 am
sape2 parents ke pakcik makcik yg ade anak n anak sedare tu boleh laa spend time bawak gi tgk upin ipin ni serius byk pengajaran n kisah2 yg bley diterapkan selain dari warna warni n cerianya film UI ni. tahniah team les copaque sebab aku mmg tak sangka film ni mmg bley rate 10/10.
huhu
April 12, 2019 at 8:52 am
alahai, napa ko g cerita spoiler, nama watak2 dlm filem tu ko cerita nanti, dah takde unsur suspen, apala
faraj
April 11, 2019 at 11:16 pm
tipu tipu tipu….hmmmm