Filem Tanda Putera Bakal Ditayangkan Pada 29 Ogos Ini

Hiburan

Filem Tanda Putera Bakal Ditayangkan Pada 29 Ogos Ini

Setelah pelbagai kontroversi melanda, akhirnya filem Tanda Putera bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2013 ini. Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Untuk makluman, tarikh asal tayangan filem ini ialah pada 13 September 2012.

filem tanda putera

Advertisement

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini mengisahkan perjuangan mantan Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abadul Razak bersama timbalannnya, Tun Dr Ismail memimpin negara selepas rusahan kaum pada 13 Mei 1969. Penangguhan filem ini telah diputuskan oleh Kabinet setelah mendapati ada adegan yang tidak sesuai yang boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

filem tanda putera

Abang Nara dah tengok filem Tanda Putera ini ketika tayangan khas tahun lepas. Bagi Abang Nara, ia adalah sebuah filem yang sangat bagus. Sangat menarik apabila fakta-fakta yang kita baca di dalam buku Sejarah diterjemahkan ke dalam bentuk filem. Memang lain daripada yang lain. Abang Nara tidak berganjak seinci pun daripada tempat duduk sepanjang tayangan tersebut.

filem tanda putera

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri pengorbanan Perdana Menteri Kedua Malaysia yang telah diterjemahkan dengan begitu baik sekali di dalam filem Tanda Putera ini. Abang Nara pasti ramai yang tak sabar menanti kehadiran 29 Ogos. Semoga filem ini akan berjaya di pawagam kelak.
ronaronaP.S: Serikan lagi Aidilfitri yang bakal menjelma dengan memakai baju sedondon seisi keluarga anda. Pasti lebih meriah, lebih cantik dan lebih comel apabila si anak berpakaian sama seperti ibu dan ayahnya. Dapatkan koleksi istimewa baju melayu, baju kurung, jubah dan pelbagai lagi hanya di RonaRonaCollection. Layari laman blog RonaRonaCollection untuk melihat lebih banyak pilihan yang ada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...