August 29th, 2012

Agak menyedihkan apabila filem sehebat SAM arahan Syafiq Yusof ini sekadar mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari tayangannya. Kemungkinan besar timing tayangannya iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk ke wayang. Ada ke orang tengok wayang time hari raya?

kutipan filem sam

Abang Nara yakin kalau filem SAM ini ditayangkan seminggu selepas raya pasti kutipannya lebih mantap. Apa pun Syafiq Yusof yang diiktiraf sebagai pengarah filem termuda Malaysia masih gembira dengan kutipan sederhana ini:-

Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta dan saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan yang ditayangkan serentak dengan SAM.

Kalau anda masih belum menonton filem SAM, silalah bersegera ke panggung wayang dan menikmati salah satu filem terhebat Malaysia. Kalau tak silap Abang Nara, masih ada wayang yang memainkan filem ini. Sila pergi sebelum terlambat.


100 responses to “Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Selepas 12 Hari Tayangan”

  1. Farah Lorenza says:

    Saya bukan peminat NEELOFA..
    Tp saya peminat tegar SHAHEZY SAM…
    Saya tk tgk lg citer ni.. Mgkin tggu kt Astro First jelah..
    Pendapat sy, patut2 kita PUJI la pengarah termuda Msia ni yg berjaya mengarah filem spt ini.. Kita ada??? Tkde kn… Heheheheheee… Anywhere, GOOD LUCK industri filem Malaysia!!!

  2. naz says:

    dah tgk.mula2 ingat ala2 cerita orng putih, tp bila part last jadi menarik sangat!! congrats to the young director!! hope banyak lagi cerita2 melayu yg best mcm ni..tp jgn la sampai jadi typical pulak yea~

  3. Ms.sukaKritik says:

    Tiap kali aku tgk cerita melayu compem aku frust rasa nak bako je panggung. Tapi tiap kali lah aku beli gak tiket wayang.! At least aku sokong gak industry filem yg mcm hampagas.

    Dari mule cerita…aku rasa mulut aku je membebel dalam panggung TGV. serious shit RM14 aku melayang dengan cerita mcm nie!
    1. aku x suka cite love story. Tajuk je pun dh buat aku x mo tgk. Terasa diheret2 g tegok cite ni!
    2. Thriller?. Pehhh dorg bg review bagai2… aku nye cite thriller dah tahap Filem Martyrs. Nie nk suh aku g gk cite nie. mmg hangin la!
    3. Filem nie , org putih dh buat byk kali….aku rs dr kecik aku dh tgk jalan cerita lagu ni…(sory x dpt bg refrenc). x comeout dgn cerita br, (cerita dh mcm org putih: macam SAW bagai2), so compem le jln cite dah leh agak awal2… ending pun aku dah agak. Motif nk tengok cerita mcm nie???,. Lain dr laen???&*^%&. Nak je aku tampo sape bagi review suh aku g tgk ri2… to My old folk hurmmm cuba lagi…!
    3.Tak ada apa yang menarik minat. Aku tertanya2 ada tak satu filem melayu yg best untuk aku bagi kwn oversea aku tgk… Sedih gile, byk cite2 luar aku suka buat cerita dr negara aku sendiri. Satu pun x ada!

    Hadoi boleh dapat rm14 hengget aku balik x?

    • ???? says:

      ANGGAP JELAH 14 RNGGIT TU PRGI MKN ANGIN..FILEM KITA TAKKN SAMA DENGN FILEM BARAT SMPAI BILA2 PUN DN JGN HARAPLH YG GANAS2 ATAU TRLEBIH2..NEGARA KITA TETAP BNYK SNSITIFNY DN SYARAT2NY YG HARUS DIPATUHI…MIMPI JELAH KLAU NK LEBIH2 TU SEMUA…CUMA JGN SMPAI BILA TK DISOKONG FILEM KITA ATAU INDUSTRI HIBURN NEGARA KITA..FILEM DN INDUSTRI HIBURN KITA MATI BEGITU SAJA..LG BORING,TK SYOK DN NEGARA KITA RUGI SATU BISNES YG ADA MENYUMBANG PADA NEGARA JUGA TAU KALAU IA BRTERUSN… FILEM SAM ADALAH SATU UJIAN UNTK ANAK MUDA SPRTI SYAFIQ TUNJUKKN BAKAT TRPNDAM TU..JADI BERI DIA PELUANG DN FILEM2 KITA YG LAIN JUGA YA..SUMBANGAN ANDA AKN LEBIH BRMKNA KALAU ANDA TK BRKIRA JG…JD JGN DIKESALKN…ANGGAP JE JG SBAGAI PNGALAMN TNGOK FILM BEGITU DN FILEM2 KITA YG LAIN YA.. JGN PUTUS ASA JG..ITUPUN TK BAGUS…FILEM SAM BAGI SAYA OK JG..AKN DATANG MNGKIN ADA LEBIH TRBAIK LAGI DR KRETIFITI ANAK MUDA SPRTI SYAFIQ.. AYUH BERI SMANGAT PADA ANAK BANGSA KITA..SEKIAN

Loading...