Kemeriahan dan sambutan hangat filem Malaysia kian membara apabila filem terbaru PASKAL The Movie mencatat kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih kutipan mencecah RM 7.5 juta dalam empat hari tayangan.
Pada awalnya ada dikalangan penonton yang agak skeptikal adakah filem berunsurkan ketenteraan ini mempunyai jalan cerita serta aksi yang menarik, namun selepas mereka menonton filem berkenaan, rata-rata memberikan respon yang sangat positif.
Filem tersebut diinspirasikan daripada kisah sebenar operasi yang pernah dijalankanoleh Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diarahkan oleh Adrian Teh, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.