Menonton filem Papa I Love You memang membuatkan anda terasa nak call ayah anda sebaik sahaja tamat cerita ini. Jalan cerita sangat simple tetapi menyentuh hati dan kalbu. Masa mula-mula menonton, Abang Nara agak meragui kemampuan Zalif Sidek selaku hero kerana masih terkenang-kenangkan wataknya selaku Mat Saja di dalam Bini-Biniku Gangster. Ternyata keraguan itu dapat ditepis dengan lakonan mantap daripadanya.
Dan apabila banyak babak-babak Zalif melayan Mia, Abang Nara mula rasa terharu. Mula terkenangkan kenangan silam bersama ayah masa muda-muda dulu. Namun banyak juga aksi Mia dan Zalif yang menggeletek pankreas Abang Nara. Kiranya diselangselikan antara lawak dan syahdu. Paling menusuk kalbu sudah tentu apabila melihat pengorbanan seorang ayah cuba untuk menyara kehidupan anaknya sebaik mungkin.
Lakonan Lisa Surihani pun not bad jugak. Permasalahan yang dibawakan memang agak simple namun yang penting jalan ceritanya tak meleret dan sentiasa dipenuhi adegan penuh emosi dan kelakar. Habis sahaja filem ini, Abang Nara memang rasa terharu dengan pengorbanan seorang insan bernama ayah. Abang Nara bagi filem ini 4/5 bintang.
Kalau anda masih belum menonton filem Papa I Love You, pergilah tonton hari ini juga. Kalau boleh bawak ayah anda sekali. Baru lebih sikit rasa terharunya itu.