April 28th, 2019

Baru sahaja menang besar pada malam Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) lalu, filem Crossroad : One Two Jaga melakar lagi kejayaan cemerlang apabila berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung semalam di Kuching, Sarawak.

Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, manakala pelakon berbakat Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Memaparkan sisi gelap segelintir individu dalam dunia polis yang mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah,karya hebat ini diakui mempunyai mesej tersirat yang cukup mendalam maksudnya selain berani  mendedahkan kezaliman realiti.

Malah, barisan pelakon seperti Bront Palarae, Vanidah Imran, Zahiril Adzim dan semua pelakon yang menjayakan filem ini bertaraf Gred A.

Tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem Crossroad : One Two Jaga, harapnya ia menjadi pembakar semangat untuk mereka menghasilkan lagi karya yang lebih mantap dan berkualiti.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Bernama Radio Official


13 responses to “Filem One Two Jaga Menang Pengarah Terbaik Dan Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA 2019”

  1. Zetty says:

    Tahniah buat Nam Ron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik &  Pelakon Pembantu Terbaik
    Amerul Affendi di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) kejayaan tu membuka mata pd pihak yg memilih BULU dalam bidang seni…kata negative mereka membawa peransang bahawa rupa tidak bolih mengawali bakat..Alhamdulillah

  2. Lily says:

    Tahniah Amerul Affendi sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA). Masih ingat tak kata2 negative seorg produser terkenal tentang rupa & bakat ( dia dpt apa takde apa2)…kata2 ini menjadi pembakar & peransang ya bukan rupa membawa kejayaan tapi bakat….alhamdulillah..

  3. Chohkri Yulis. says:

    Tahniah. Crita berat atau tema yg jarang penerbit malas nk sapot sangat. De rmai pengarah cita2 nk wat crita mcm ni tp kewangan xde n x ramai org tgk or ttarik. Penerbit besar mcm Astro shaw kjar crita org dh suka n mainstream. Tgkla smpi Skop Production n Boboiboy (asal tv3) pn kjasama dgn Astro. Klu crita Aziz M Osman Xx Ray 3 mst meletop crita tu sbb filem crita trbitan Astro mst dbuat dgn teliti. Nnt tgk crita zul arifin dgn remy ishak trbitan Astro psal Mma ok ke.

  4. Adman says:

    Sape2 yang belum tgk filem ni bleh tgk dekat netflix..

  5. Anyn says:

    Sapa ada upload kat fb?

Loading...