Satu langkah yang amat bagus dan harus dipuji telah diambil oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan mengharamkan filem Noah lakonan Russel Crowe daripada ditayangkan di Malaysia. Filem yang mengisahkan Nabi Nuh berdasarkan kitab Bible Old Testament diharamkan atas dasar memaparkan wajah nabi secara visual.
Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan itu diambil dua minggu lalu selepas panel penapisan mendapati ia bertentangan dengan Islam. “Kami sudah menonton proses penapisan bersama panel Ahli Lembaga dan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 12 Mac lalu. Memang selepas menonton, filem itu tidak boleh ditayangkan kerana ia memaparkan wajah nabi pada visual,†katanya
Pengharaman ini amat bertepatan dan bersesuaian sekali dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Untuk makluman, Indonesia, Qatar, UAE dan Bahrain turut sama mengharamkan filem ini. Malah Universiti Al Azhar telah mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem ini.