Filem Munafik Berjaya Catat Kutipan RM 11 Juta Selepas Dua Minggu Di Pawagam

Hiburan

Filem Munafik Berjaya Catat Kutipan RM 11 Juta Selepas Dua Minggu Di Pawagam

Walaupun menerima persaingan kuat daripada filem lain seperti BoBoiBoy : The Movie dan Ola Bola, filem Munafik arahan Syamsul Yusof masih lagi mendapat perhatian ramai dan sudah berjaya mencatat kutipan RM 11 juta selepas dua minggu ditayangkan.

Advertisement

Jumlah tersebut termasuk kutipan di Singapura dan Brunei, dengan masing-masing meraih RM800,000 dan RM200,000.

Menurut penerbit Datuk Yusof Haslam, Munafik mempunyai potensi yang cukup besar dan yakin mampu bertahan di pawagam untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Malah, mereka menerima maklum balas yang cukup positif mengenainya daripada mereka yang sudah menonton.

Lazimnya, filem yang ditayangkan menerusi Skim Wajib Tayang berdepan kemungkinan jumlah panggung dikurangkan selepas dua minggu tayangan. Pihak pawagam berhak untuk berbuat begitu bagi memberi laluan kepada filem baharu. Namun, ia tidak berlaku kepada Munafik yang dilihat mempunyai potensi besar untuk bertahan lebih lama lagi.

Dari segi sambutan pula, kami mendapat maklum balas yang baik, daripada segala aspek. Hampir 99 peratus maklum balas diterima adalah baik. Saya juga dikhabarkan, ramai penonton daripada kalangan alim ulama, selain golongan wanita berpurdah, turut menonton filem yang menyuntik banyak elemen kerohanian ini. Sekali gus, ia memberikan nafas baharu kepada pembikinan filem genre seram kerana ia juga mula diterima kelompok penonton baharu.

Kalau bab cerita seram yang tidak merapu dan menyampaikan mesej yang berguna, karya Syamsul Yusof adalah yang terbaik setakat ini. Memang wajib tonton filem Munafik ni, memang tidak menyesal.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...